Tuesday 12 April 2011

sakit vs sihat


Assalamualaikum wbt..
Bismillahirrahmanirrahim...

kenapa aku dahulukan perkataan sakit sblm sihat? kerana manusia cuma mengingati sihat hanya selepas dia mengalami sakit...logik kan? dan inilah realitinya..ramai manusia yg kecewa bila sakit, padahal sakit itu bererti Yang Maha Esa menyayanginya..Rasullullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:"Kalau Allah menginginkan kebaikan bg seorang hamba, maka DIA akan mempercepatkan seksaanya di dunia..nah cuba renungi dan fahami erti tersirat hadis ni..hidup kita tidak pernah sunyi dari melakukan dosa...dan jikalau kita sakit, nikmatilah..kerana sakit itu penghapus dosa..dan yang paling penting..ingatilah waktu kita sihat..isikanlah dengan perkara yg berfaedah..aku bersyukur aku seorang guru..yang mana setiap hari aku  ke sekolah untuk BERKONGSI ilmu yang aku ada..bukan kepada seorang..tapi lebih kurang 200 orang(sebab aku ngaja 7 kelas berbeza)..setidaknya Allah memberi peluang kepada aku untuk mengisi masa lapang aku dengan penvirusan ilmu, 5 hari seminggu..
Kalau kita sakit, bersyukurlah, jangan mengeluh dan menangis kerana sekiranya orang yang sakit merenung pelbagai keuntungan daripada sakit itu, dia tak nak pun sembuh. Para ulama zaman dahulu berdoa supaya Allah mengurniakan demam satu malam supaya diampunkan dosa kita yang lampau.. Janganlah kita menyalahkanNYA jika kita sakit, mungkin kesakitan itu membolehkan kita mendapat kedudukan disisiNYA yang tidak dapat dicapai oleh amal ibadat..tahun ini dan tahun lepas..banyak kali aku mengalami sakit berbanding tahun sebelumnya..terima kasih Ya ALLAH kerana aku diberi sakit..Sesungguhnya jika Allah mengurniakan kita kesusahan, pasti ada kesenangan sesudahnya,,jadi janganlah kita bimbang dan mengkhuatiri tidak akan menikmati dunia dengan sihat..kerana akhirat yang kekal abadi..

p/s: dipetik sikit2 daripada majalah solusi dan diolah guna citer dan ayat aku sendiri.

2 comments:

  1. wahh...mantoplah kaweku ini.da mula berblog ye...tu yg sibuk je duk menaip...^_^

    ReplyDelete