Saturday 12 May 2012

15 Perkara Yang Mengakibatkan Bencana

Assalamualaikum wbt..
Bismillahirrahmanirrahim..

Sedikit perkongsian daripada buku Dahsyatnya Doa Ibu...

Daripada Ali Bin Abi Talib, Nabi Muhammad SAW berkata, " Apabila umatku melakukan 15 perkara, pasti turun bencana menimpa mereka. Lima belas perkara itu adalah seperti berikut:

  1. Menganggap kekuasaan sebagai suatu perniagaan mencari keuntungan.
  2. Menganggap amanah seperti ghanimah(harta rampasan perang).
  3. Menganggap membayar zakat adalah merugikan
  4. Lelaki tunduk kepada isterinya
  5. Anak derhaka kepada ibunya
  6. Anak lebih taat kepada kawannya berbanding orang tuanya.
  7. Anak membenci ayahnya.
  8. Ramai orang menjerit-jerit dalam masjid
  9. Pemimpin adalah orang yang rendah budinya.
  10. Orang ditakuti kerana kejahatannya.
  11. Minuman arak berleluasa.
  12. Ramai orang memakai sutera.
  13. Penari wanita berleluasa.
  14. Muzik dimainkan di merata-rata tempat
  15. Umat Islam pada hari ini mengutuk umat terdahulu termasuk para sahabat, tabiin dan imam
Maka pada saat itu tunggulah datangnya azab termasuk angin merah, tanah runtuh dan kemusnahan." (Hadis laporan Tarmizi)

Sama-samalah kita mengambil iktibar diatas pesanan Nabi Muhammad dan bersama-sama bertaubat jika pernah melakukan perkara tersebut kerana esok belum tentu ada buat kita..

Wassallam..