Sunday 12 August 2012

Pengubat hati..

Kebelakangan ini hati aku sakit sangat,bagai dihiris2,lebih sakit berbanding tangan yang ditoreh dengan pisau.Tak tau ape yg harus aku lakukan,aku menangis.Saat ini bila hati aku sgt pedih,satu zikir yg buat aku tenang..Ya Zal Jalali wal Ikram..berulang2 kali aku menyebutnya...hatiku tenang.Tak putus2 aku mohon Allah beri kekuatan kepada aku..aku sedar,buruk atau baik yg Allah beri,aku harus bersyukur dan berbaik sangka.Kerana perancangan Allah kepada hambaNYA Maha Hebat.Tapi kenapa aku masih sakit sebegini rupa?Lemah nya imanku..Apa yang aku  inginkan sekarang,cuma ingin meraih cinta Allah,aku mahu Allah redha kepadaku..agar permulaanku dengan iman diakhiri juga dengan iman..aku tak mahu kufur nikmat..pahit jerih nanti akan aku telan dengan seribu kesabaran.kerana aku ada Allah..
Allah..ampuni daku..
Allah..beri kekuatan kepadaku..
Mudahan hujung nafas aku nanti dihembus dengan ingatan hanya padaMU..
Allah yang Maha Penyembuh..

Saturday 12 May 2012

15 Perkara Yang Mengakibatkan Bencana

Assalamualaikum wbt..
Bismillahirrahmanirrahim..

Sedikit perkongsian daripada buku Dahsyatnya Doa Ibu...

Daripada Ali Bin Abi Talib, Nabi Muhammad SAW berkata, " Apabila umatku melakukan 15 perkara, pasti turun bencana menimpa mereka. Lima belas perkara itu adalah seperti berikut:

  1. Menganggap kekuasaan sebagai suatu perniagaan mencari keuntungan.
  2. Menganggap amanah seperti ghanimah(harta rampasan perang).
  3. Menganggap membayar zakat adalah merugikan
  4. Lelaki tunduk kepada isterinya
  5. Anak derhaka kepada ibunya
  6. Anak lebih taat kepada kawannya berbanding orang tuanya.
  7. Anak membenci ayahnya.
  8. Ramai orang menjerit-jerit dalam masjid
  9. Pemimpin adalah orang yang rendah budinya.
  10. Orang ditakuti kerana kejahatannya.
  11. Minuman arak berleluasa.
  12. Ramai orang memakai sutera.
  13. Penari wanita berleluasa.
  14. Muzik dimainkan di merata-rata tempat
  15. Umat Islam pada hari ini mengutuk umat terdahulu termasuk para sahabat, tabiin dan imam
Maka pada saat itu tunggulah datangnya azab termasuk angin merah, tanah runtuh dan kemusnahan." (Hadis laporan Tarmizi)

Sama-samalah kita mengambil iktibar diatas pesanan Nabi Muhammad dan bersama-sama bertaubat jika pernah melakukan perkara tersebut kerana esok belum tentu ada buat kita..

Wassallam..