Sunday 10 April 2011

lovely usrati..


Assalamualaikum wbt..
Bismillahirrahmanirrahim..


Usrati...ape lagi nikmat terbesar hidupku kalu bukan keluargaku yg aku sayangi..tak bermakna hidupku tanpa keluarga ini.Seringkali selepas solat aku mengucapkan syukur ke hadratNYA kerana mengurniakan ku usrati yang begitu sempurna.Abahku yang caring tetapi sukar menunjukkan perasaannya serta mokku yang mempunyai sifat penyayang yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata, hanya siapa yang hidup dengannya sahaja yang dapat merasai nikmat kasih syg mok


Semasa aku masih kecil hidup kami susah.Pelbagai kisah pahit manis hidup kami yang masih segar dalam ingatanku..Abah pernah bercerita dek kesusahan kami, kami cuma makan nasi lauk ayam seminggu skali.Masa itu kami cuma 3 beradik,sampaikan ada satu hari aku dan adikku berebutkan lauk ayam yang satu..lucu kan tapi bagiku itulah namanya kebahagiaan.. tak ape kami cuma berlaukkan ikan.atau telur atau sardin..yang penting kami tetap bersama senang atau susah, sedih atau gembira..sekali lagi terima kasih Ya Allah..teringat pulak aku kat satu kisah ni..masa itu aku telah berjaya mendapat 9A PMR atas berkat doa abah dan mak..aku dapat tawaran ke MRSM Bitara..MRSM Pengkalan Chepa..tetapi aku rasa sungguh kecewa kerana abah tiada duit untuk menyekolahkan aku di sana..ingat lagi waktu tu hujan renyai2 dan aku mendukung adik bongsuku aiman rais di tepi jendela..menangis teresak-esak kerana impian untuk ke MRSM hancur lebur.Aku tak salahkan abah..cuma sedih kerana impian untuk ke sana tidak kesampaian.Melangkah ke tingkatan 4 dan 5 baru aku tahu hikmah di sebaliknya..aku bahagia dengan kedua ibu bapa dan adik-adikku..kini hidupkku bertambah bahagia kerana adik-adikku semakin berjaya dalam hidup..Sem Dil bakal menjadi seorang guru dan sekarang belajar di UPSI..Yuyu belajar di UITM Machang..Alif mendapat 9A dalam PMR..Naya semakin maju dalam pelajarannya begitu juga Nija dan Aeman..Aku sayang usrati kerana Allah.Semoga kami menjadi insan berjaya di dunia dan di akhirat.

1 comment: